Dua hari ditayangkan, Munafik 2 raih RM5.65 juta - Utusan Malaysia

Dua hari ditayangkan, Munafik 2 raih RM5.65 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Filem terbitan Skop Productions dan President Productions, Munafik 2 semakin menggegarkan industri perfileman tempatan apabila berjaya mencatat kutipan sebanyak RM5.65 juta.

Menerusi hari pertama tayangan pada Khamis lalu, filem arahan Syamsul Yusof itu meraih kutipan sebanyak RM3.6 juta manakala pada hari tayangan awal sebelumnya pula Munafik 2 mencatat kutipan sebanyak RM2.05 juta.

“Alhamdulillah, rekod tertinggi pada hari pembukaan sangat di luar jangkaan saya. Saya hilang kata-kata. Hanya mampu cakap Alhamdulilah. Jutaan terima kasih kepada penonton.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak sia-sia pengorbanan kami dalam menyiapkan filem ini apabila dihargai peminat sebegini rupa. Saya harap momentum ini akan berterusan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Filem ke-10 arahan Syamsul itu turut dibintangi beberapa barisan pelakon popular seperti Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Mawi, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali dan Fauzi Nawawi. 

Dijangkakan, kutipan filem berkenaan akan meningkat lagi pada hari ini memandangkan cuti umum sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Untuk rekod, filem Munafik pertama yang ditayangkan pada tahun 2016 telah berjaya meraih kutipan keseluruhan sebanyak RM17 juta. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini