20 bayi Merdeka lahir di Hospital Melaka - Utusan Malaysia

20 bayi Merdeka lahir di Hospital Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 31 Ogos – Sebanyak 20 bayi Merdeka dilahirkan sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-61 di Hospital Melaka di sini bermula pukul 12.03 tengah malam tadi sehingga 11 pagi ini.

Daripada jumlah tersebut, 11 adalah bayi lelaki manakala selebihnya bayi perempuan yang dilahirkan tanpa sebarang masalah melalui kaedah normal dan juga pembedahan.

Lebih bertuah, kesemua bayi tersebut ditemani ibu bapa masing-masing menerima kunjungan istimewa Ketua Menteri, Adly Zahari bersama isterinya, Dalilah Awaludin serta Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya yang juga Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd. Akin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada majlis sama, Adly dan isteri turut menyampaikan cenderahati berupa Love Malaysia Baby Box sumbangan Pertubuhan Love kepada semua bayi tersebut serta bayi-bayi Merdeka yang lahir di Hospital Melaka sepanjang hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini