Fokus yakinkan penduduk peranan pembangkang - Utusan Malaysia

Fokus yakinkan penduduk peranan pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Calon MCA, Tan Chee Teong tidak akan mencemarkan tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong yang berbaki kira-kira seminggu lagi dengan memburukkan pihak lawan tetapi mahu fokus menyakinkan penduduk mengenai peranan pembangkang.

Tegas beliau, MCA sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) bukan hanya menjadi wakil kepada suara rakyat, bahkan bertanggungjawab sebagai pihak ‘semak dan imbang’ dalam kerajaan.

Katanya, tindakan bertikam lidah dengan pihak lawan khususnya calon Pakatan Harapan (PH) dari DAP, Wong Siew Ki tidak memberi sebarang manfaat tetapi hanya mengelirukan penduduk setempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sudah tiba masanya MCA ke hadapan dalam membangkitkan isu-isu berkaitan rakyat dengan lebih lantang termasuk mengkritik mana-mana tindakan kerajaan yang tidak betul.

Masalah yang tidak dijaga di Balakong ini akan terus saya suarakan termasuk kegagalan kerajaan PH dalam menunaikan janji menghapuskan tol seperti yang terkandung dalam manifesto mereka,” katanya kepada pemberita di Jalan Kwan Tung, Balakong, dekat sini hari ini.

Terdahulu, Chee Teong beramah mesra dengan penduduk wanita ketika program tutorial membuat kek bulan, di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini