Perlu tegas dalam penjagaan kos - Utusan Malaysia

Perlu tegas dalam penjagaan kos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Keadaan kewangan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang meruncing pada ketika ini berpunca daripada penjagaan kos yang lemah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Masnizam Hisham berkata, ketika beliau mula memegang jawatan tertinggi di Prasarana pada awal tahun ini, syarikat tersebut sedang mengalami masalah kewangan yang teruk.

Apabila saya mula memegang jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif pada Januari tahun ini, saya berdepan dengan kedudukan kewangan atau aliran tunai yang hanya cukup untuk tiga bulan sahaja manakala kos untuk (projek) Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) telah melonjak melampaui belanjawan yang ditetapkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sekiranya kita tegas dalam penjagaan kos, mungkin kita tidak akan berada dalam keadaan kewangan yang meruncing seperti hari ini,” katanya dalam sebuah kenyataan yang disiarkan laman Facebook Warna Prasarana di sini hari ini.

Kenyataan tersebut merupakan ucapan perpisahan yang disampaikan Masnizam sempena berakhirnya tugas beliau sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekuti Prasarana pada 2 September ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini