Hari Kebangsaan peringkat Johor meriah - Utusan Malaysia

Hari Kebangsaan peringkat Johor meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR 31 Ogos – Seramai 5,210 peserta melibatkan 132 kontinjen, masing-masing 113 kontinjen berjalan kaki dan 19 berkenderaan menyertai perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri di Dataran Tanjung Emas di sini sebentar tadi.

Seawal pukul 7 pagi, orang ramai terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat mula membanjiri lokasi perbarisan bagi menantikan perarakan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta pihak korporat.

Perbarisan dan perarakan sepanjang kira-kira satu kilometer itu disaksikan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Suhaizan Kaiat; Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Kamaruddin Md. Din dan para tetamu kehormat yang lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sambutan Hari Kebangsaan 2018 membawa simbolik perpaduan dalam kalangan rakyat di bawah tema ‘Sayangi Malaysiaku’. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini