Sambutan gilang-gemilang di Putrajaya - Utusan Malaysia

Sambutan gilang-gemilang di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 31 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan 2018 yang dianjurkan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan hari ini berlangsung gilang-gemilang dengan kehadiran lebih 300,000 rakyat pelbagai kaum.

Sambutan itu sekali gus melakar sejarah sebagai sambutan pertama negara di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan selepas gabungan politik itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Sambutan Hari Kebangsaan 2018 juga membawa simbolik perpaduan dalam kalangan rakyat di bawah tema ‘Sayangi Malaysiaku’ yang bertepatan dengan semangat kerajaan baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan berangkat pada sambutan tahunan tersebut.

Sambutan itu turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta timbalannya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersama barisan Kabinet.

Pembaharuan utama yang diketengahkan pada sambutan itu adalah empat segmen melibatkan penyertaan sebanyak 12,295 peserta melibatkan elemen kenegaraan, ketenteraman awam, keselamatan negara dan rakyat bersepadu merupakan cerminan semangat patriotik dan cintakan negara.

Segmen-segmen tersebut diolah dan direka bersesuaian dengan tema serta semangat Malaysia baharu.

Kali terakhir Putrajaya menjadi tuan rumah bagi sambutan tersebut adalah pada 2005. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini