Agong titah peruntukan Hari Keputeraan disalur ke Tabung Harapan - Utusan Malaysia

Agong titah peruntukan Hari Keputeraan disalur ke Tabung Harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Ogos- Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menitahkan acara Sambutan Hari Keputeraan Baginda iaitu Istiadat Hari Keputeraan Rasmi dan Jamuan Teh Diraja yang akan diadakan pada 9 September di Istana Negara dibatalkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz dalam satu kenyataan berkata, Sultan Muhammad V menitahkan agar peruntukan perbelanjaan untuk kedua-dua acara rasmi berkenaan dikembalikan semula kepada kerajaan dengan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri yang telah merancang acara-acara rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda bagi tahun 2018,” kata kenyataan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sultan Muhammad V bertitah acara-acara rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda yang lain tetap diteruskan sepertimana yang telah dirancang.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini