Khairuddin tarik balik saman terhadap Najib, Rosmah, Jho Low, 1MDB, Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Khairuddin tarik balik saman terhadap Najib, Rosmah, Jho Low, 1MDB, Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menarik balik samannya terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, Datin Seri Rosmah Mansor dan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) bagi mendapat perintah supaya Rosmah memulangkan set rantai leher termasuk berlian merah jambu 22 karat bernilai AS$27.3 juta (RM112 juta) yang didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB.

Khairuddin juga menarik balik samannya terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan melanggar angkat sumpah jawatan mereka di hadapan Yang di-Pertuan Agong berkenaan isu RM2.6 bilion.

Peguam Yazid Mustaqim Roslan yang mewakili Rosmah dan Najib berkata, kesemua pihak bersetuju dengan cadangan plaintif (Khairuddin) untuk menarik balik kedua-dua saman itu tanpa kos.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mahkamah kemudiannya membatalkan saman itu,” katanya kepada pemberita selepas kes itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang turut dihadiri peguam Damien Chan yang mewakili Khairuddin.

Pada 16 Ogos 2017, Khairuddin memfailkan saman terhadap Jho Low, Rosmah dan 1MDB serta mendakwa antara Jun 2013 hingga Mac 2014, Jho Low menerusi ejennya telah membeli set barang kemas itu daripada peniaga barang kemas, New York Lorraine dengan nilai AS$27.3 juta menggunakan wang yang diambil daripada 1MDB. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini