Emas sepak takraw: Markiman dibidas - Utusan Malaysia

Emas sepak takraw: Markiman dibidas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 30 Ogos – Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Halim Suleiman membidas kenyataan Datuk Markiman Kobiran yang merendahkan pingat emas diraih regu negara semalam.

Markiman Kobiran
Markiman Kobiran

Beliau yang terkilan dengan kenyataan Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor itu menyifatkan tindakan itu berniat untuk mencari publisiti murahan

“Komen yang dilontarkan itu tidak menunjukkan semangat kenegaraan. Pingat emas tetap emas, tak perlulah dia hendak merendahkan martabat atlet kita dengan melabelkannya sebagai emas ‘kelas B’, sebaliknya berikan sokongan kepada mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia sepatutnya menghargai perjuangan regu yang mengharungi laluan sukar untuk ke pusingan akhir untuk berdepan dengan pasukan tuan rumah yang merupakan pasukan sedang meningkat naik.

“Kalau dia ada masalah dengan persatuan (PSM), tak perlulah dia hendak perlekehkan kebolehan atlet yang berjuang bermati-matian bagi mengharumkan nama negara. Dia sepatutnya memohon maaf kepada atlet kerana berkata demikian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin skuad sepak takraw negara menamatkan kemarau pingat emas selama 20 tahun selepas menundukkan Indonesia dalam perlawanan akhir acara regu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini