Kementerian Pembangunan Luar Bandar beri penekanan kepada pelancongan desa - Utusan Malaysia

Kementerian Pembangunan Luar Bandar beri penekanan kepada pelancongan desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU – Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan memberi penekanan khusus terhadap pelancongan desa kerana sektor tersebut dilihat mampu menjadi sumber pendapatan tambahan kepada penduduk setempat.

Menterinya, Rina Mohd. Harun berkata, pembangunan pelancongan desa bukan sahaja dapat meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar malah melahirkan lebih ramai usahawan dalam pelbagai bidang. 

“Kita ambil contoh inap desa kerana para pelancong ditawarkan untuk merasai pengalaman tinggal bersama masyarakat setempat selain menikmati masakan asli sesebuah negeri tersebut. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasrat kementerian ialah membantu menjana pendapatan yang lebih baik jadi perkara ini akan diteliti kesesuaiannya agar dapat memberikan pulangan kepada penduduk luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Kenyir 2018 di Pengkalan Gawi di sini hari ini. 

Festival Kenyir merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Ketengah bagi merancakkan lagi promosi berkaitan Tasik Kenyir dalam kalangan pelancong domestik serta luar negara. 

Pelbagai jualan dan pameran, persembahan pentas, sukan air termasuk acara memancing serta memasak diadakan selama empat hari penganjuran festival tersebut bermula hari ini sehingga Ahad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini