Petronas bayar dividen RM24 bilion kepada kerajaan tahun ini - Utusan Malaysia

Petronas bayar dividen RM24 bilion kepada kerajaan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menyemak semula jumlah pembayaran dividen untuk kerajaan kepada RM24 bilion tahun ini daripada RM19 bilion yang diumumkan pada Mac lepas.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, kenaikan itu didorong oleh peningkatan harga minyak serta pendapatan kumpulan berkenaan.

“Pada separuh pertama 2018, Petronas merekodkan perolehan sebanyak RM117.2 bilion iaitu peningkatan sebanyak 8.0 peratus berbanding RM108.1 bilion bagi tempoh sama pada tahun 2017.           

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini didorong oleh tumpuan berterusan kumpulan ini terhadap usaha memacu kecemerlangan operasi dan pelaksanaan inisiatif penambahbaikan perniagaan disokong oleh harga komoditi dan margin yang lebih tinggi,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama 2018 kumpulan itu di sini hari ini.

Pada tahun 2017, pembayaran dividen Petronas kepada kerajaan berjumlah RM16 bilion.

Keuntungan bersih kumpulan itu meningkat 54 peratus kepada RM26.6 bilion berbanding RM17.3 bilion pada separuh pertama 2017.            

Wan Zulkiflee berkata, Petronas turut menjangkakan purata harga minyak mentah Brent mencecah di bawah AS$73 (RM300) setong menjelang akhir tahun ini.

“Bagaimanapun, mengambil kira pandangan konservatif untuk perancangan perbelanjaan bagi tahun 2019, kami menjangkakan minyak mentah Brent itu berada sekitar AS$66 (RM271) setong bagi purata tahunan berikutan ketidaktentuan bekalan dan permintaan,” katanya. – Bernama  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini