SKM perlu berikan nafas baharu kepada 4,000 koperasi tidak aktif - Utusan Malaysia

SKM perlu berikan nafas baharu kepada 4,000 koperasi tidak aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR – Suruhanjaya Koperasi Malaysia diminta supaya memudahkan pinjaman serta nafas baharu kepada kira-kira 4,000 koperasi yang tidak aktif merangkumi 10,000 buah koperasi di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli dengan nada tegas berkata, pihaknya tidak ingin sekali 4,000 koperasi tidak aktif berkenaan dimatikan atau dinyahsenaraikan.

“Satu pembaharuan perlu dilakukan termasuk melibatkan senarai jawatankuasa dan keahliannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat pelbagai faktor menyebabkan koperasi ini kurang aktif seperti kadar pulangan saham dan keuntungan yang rendah, kelemahan pengurusan yang mendorong kemerosotan ahli.

“Koperasi ini perlu keluar daripada pemikiran lama iaitu hanya memberikan kemudahan pinjaman kewangan semata-mata tetapi menceburi bidang pembuatan, infrastruktur dan platform perdagangan elektronik iaitu e-dagang.

“Ini kerana ramai ahli perniagaan yang menjana kekayaan yang lumayan menerusi bidang-bidang tersebut,” katanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Suleiman di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Hari Keusahawanan sekolah menengah itu.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Perlis, Izmi Ismail dan Pengetua SMK Tengku Suleiman, Ayub Ahmad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini