KUALA LUMPUR 30 Ogos – Rata-rata pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia lebih menginginkan bantuan sara hidup seperti program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan terdahulu.
![]() |
|
Halimey Abu Bakar
|
Perkara itu ditegaskan oleh calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu, Halimey Abu Bakar melalui tinjauan serta dapatan yang diperolehnya sepanjang tempoh berkempen.
Beliau berkata, penguasaan PKR melalui logo PH di kawasan itu tidak akan terjejas meskipun menyedari isu pemansuhan BR1M dan pengenalan cukai soda pasti akan digunakan parti lawan untuk memancing pengundi.
“Sepanjang tempoh kempen, pengundi hanya bertanyakan mengenai IPR. Mereka mahukan IPR dan tidak sentuh langsung pasal BR1M.
“Kedua-dua isu itu tidak akan memberi kesan kepada kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di Taman Desaria, Petaling Jaya dekat sini, hari ini.
Yang turut hadir ialah Naib Presiden PKR, Dr. Xavier Jayakumar. – UTUSAN ONLINE












