La Kaffa selesai saman Loob di luar mahkamah - Utusan Malaysia

La Kaffa selesai saman Loob di luar mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Pemilik jenama Tealive, Loob Holdings Sdn. Bhd. (Loob) dan La Kaffa International Co. Ltd. (La Kaffa) yang berpangkalan di Taiwan mencapai persetujuan untuk menyelesaikan perselisihan di luar mahkamah.

Loob dan La Kaffa dalam kenyataan bersama berkata, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk menarik balik semua prosiding mahkamah di Malaysia dan timbang tara di Singapura.

“Penyelesaian ini tidak boleh dianggap atau disifatkan sebagai atau menyebabkan mana-mana pihak sebagai pengakuan terhadap sebarang tuduhan dan, atau liabiliti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menghentikan semua arahan mahkamah atau mana-mana tindakan penguatkuasaan yang lain terhadap satu sama lain sebagai usaha menyelesaikan perselisihan mereka,” katanya di sini hari ini.

Kenyataan akhbar bersama tersebut merupakan sebahagian daripada terma penyelesaian dan kedua-dua pihak bersetuju terma-terma lain kekal sebagai sulit dan persendirian.

Pada Februari 2017, Loob mengumumkan jenama teh baharu, Tealive setelah didakwa oleh La Kaffa bahawa Loob telah melanggar kontrak pemegang francais Chatime. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini