KTM komuter kuat kuasa transaksi tambang tanpa tunai mulai 10 September - Utusan Malaysia

KTM komuter kuat kuasa transaksi tambang tanpa tunai mulai 10 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter di sekitar Lembah Klang akan melaksanakan transaksi tambang tanpa tunai berkuat kuasa pada 10 September depan. 

Pengurus Besar Perolehannya, Mohd. Hider Yusoff berkata, buat permulaan bayaran tambang tanpa tunai tersebut diwajibkan ke atas penumpang dewasa dan pelajar.

“Selain menggunakan kad Touch ‘n Go dan MyKad, pengenalan kad KomuterLink juga akan memudahkan urusan transaksi perjalanan pengguna,” katanya pada sidang akhbar KTM KomuterGo Cashless di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hadir sama Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter, Khair Johari Ishak.

Katanya, lebih 85 peratus pengguna KTM Komuter kini sudah mengunakan transaksi bayaran tambang tanpa tunai bagi perjalanan mereka manakala selebihnya masih menggunakan token. – Bernama
 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini