APMM rampas 230 ekor ikan yu, 34 nelayan Vietnam ditahan - Utusan Malaysia

APMM rampas 230 ekor ikan yu, 34 nelayan Vietnam ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANGGAR – Seramai 34 kru termasuk tiga tekong bot nelayan warganegara Vietnam ditahan pasukan Maritim Malaysia (APMM) dalam dua operasi berasingan berhampiran perairan Pulau Mengalum, Kota Kinabalu di sini sejak kelmarin.

Pasukan APMM yang menjalankan Ops Sejahtera di sekitar kawasan kejadian juga bertindak merampas pelbagai hasil laut seberat 5,000 kilogram yang ditemui di atas ketiga-tiga bot nelayan terbabit.

Bagaimanapun, nilai keseluruhan hasil laut itu belum dikenalpasti kerana siasatan masih dijalankan

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai Memerintah KM Arau, Kepten Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, seramai 19 awak-awak warganegara Vietnam telah ditangkap pada operasi pertama kira-kira 20 batu nautika barat daya Pulau Mengalum dekat sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan gagal menunjukkan lesen perikanan sah untuk melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara ini.

“Sementara itu, pada operasi kedua semalam kami menahan dua bot nelayan tempatan yang dipercayai melanggar syarat lesen apabila tekong dan kru bot merupakan warganegara asing,” katanya di Jeti APMM Sepanggar di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zawawi, pemeriksaan terhadap dua bot nelayan itu menemui kira-kira 230 ekor ikan yu harimau yang disimpan di dalam beberapa tong yang mempunyai sistem pengudaraan.

“Susulan penangkapan ini, kes berkenaan akan dirujuk di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar kerana menangkap spesies ikan dilindungi,” jelasnya.

Kesemua suspek kini ditahan manakala tiga bot nelayan serta hasil laut pelbagai jenis dirampas untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana gagal mempunyai lesen sah untuk melakukan aktiviti perikanan di perairan negara dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini