SPRM sita RM27.6 juta wang dalam kes seleweng dana PRU-14 - Utusan Malaysia

SPRM sita RM27.6 juta wang dalam kes seleweng dana PRU-14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Sebanyak RM27.6 juta merupakan nilai keseluruhan yang berjaya ditemui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, wang tersebut berjaya ditemui semula daripada enam buah kondominium di sekitar Kuala Lumpur dan Cyberjaya termasuk pejabat suspek yang telah ditangkap.

“Kami percaya jumlah keseluruhan wang ialah RM49.3 yang telah dibawa masuk ke negara ini sejak tiga bulan lalu daripada sebuah negara untuk kegunaan kerajaan.

“Ingin saya jelaskan bahawa wang ini diklasifikasikan sebagai milik kerajaan kerana ia diuruskan oleh pegawai-pegawai kerajaan,” katanya pada sidang akhbar berhubung kes tersebut di sini hari ini.

Azam berkata, sehingga kini seramai sembilan orang telah ditangkap dan 20 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk tiga orang saksi daripada luar negara.

“Saya juga ingin mengesahkan SPRM telah menangkap seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun di Kelantan semalam.

 “Lelaki ini mempunyai status penduduk tetap di United Kingdom dan sering berulang alik ke negara ini,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini