Sharnaaz kongsi hari lahir dengan anak lelaki - Utusan Malaysia

Sharnaaz kongsi hari lahir dengan anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Sharnaaz Ahmad selamat menyambut kelahiran anak lelaki sulungnya di Pusat Perubatan Prince Court di sini pada pukul 9.01 pagi tadi.

Menerusi kemas kini di Instagram, Sharnaaz, 33, yang popular dengan drama Cinta Bukan Kristal itu mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isterinya, Noor Nabila Mohd. Noor, 34.

“Terima kasih kepada rakan-rakan atas doa dan ingatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, bayi dan ibunya sihat,” katanya.

Sharnaaz menyifatkan kelahiran tersebut sebagai hadiah kerana anak lelakinya itu berkongsi tarikh hari lahir yang sama dengannya.

Sementara itu, adik kepada Nabila, pengacara dan selebriti, Neelofa turut mengucapkan tahniah kepada kakak dan abang iparnya menerusi video Instagram Story.

“Baby J selamat dilahirkan. Alhamdulillah, taniah kakak,” katanya.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini