Ustaz Kazim serah Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah kepada Pusat Pengajian Al-Ulya - Utusan Malaysia

Ustaz Kazim serah Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah kepada Pusat Pengajian Al-Ulya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kemelut yang dihadapi Unit Tahfiz Al-Quran di Pusat Pendidikan Al Barakah selesai selepas pemiliknya, Datuk Mohd. Kazim Elias hari ini secara rasmi menyerahkan sepenuhnya pengurusan kepada Pusat Pengajian Al-Ulya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis penyerahan Unit Tahfiz itu diadakan di Dewan Annuar Mat Taib, Manjoi di sini disaksikan 100 pelajar tahfiz selain hampir 500 pelajar Pengajian Pondok Al Barakah.

Mohd. Kazim atau lebih dikenali Ustaz Kazim berkata, Pusat Pendidikan Al Barakah akan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab menguruskan Unit Tahfiz itu kepada Pusat Pengajian Al-Ulya tanpa sebarang campur tangan.

“Saya mengumumkan Unit Tahfiz Al-Quran yang telah beroperasi selama 10 tahun ini diserahkan kepada Pusat Pengajian Al-Ulya tanpa sebarang caj dan kontrak.

“Pusat Pengajian Al-Ulya boleh menggunakan semua bangunan, kemudahan dan peralatan yang terdapat di Unit Tahfiz itu tanpa sebarang bayaran bagi tempoh tiga tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Unit Tahfiz Al-Quran Pusat Pendidikan Al Barakah kepada Pusat Pengajian Al-Ulya di sini hari ini.

Menurut Ustaz Kazim, beliau akan menumpukan sepenuhnya kepada Pusat Pengajian Pondok seperti mana penubuhan asal Pusat Pendidikan Al Barakah pada tahun 2006. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini