Seorang lagi direman kes rasuah pegawai kanan APMM - Utusan Malaysia

Seorang lagi direman kes rasuah pegawai kanan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Seorang lelaki warga Vietnam ditahan reman selama lima hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan seorang pegawai kanan Maritim Malaysia (APMM).

Perintah reman ke atas lelaki berusia 40 tahun itu dikeluarkan oleh Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy di Mahkamah Majistret Kemaman di sini hari ini selepas menerima permohonan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Muhammad Hasleezam Sabarudin.

Menurut sumber SPRM, lelaki terbabit dipercayai bertindak sebagai orang tengah dan juga jurubahasa Vietnam bagi pihak pegawai kanan APMM itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lelaki warga Vietnam tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Semalam dua lelaki termasuk seorang pengusaha bot ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes sama.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan seorang pegawai kanan APMM berpangkat Leftenan Komander ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Suspek yang bertugas sebagai Pegawai Pemerintah di sebuah kapal APMM itu dipercayai menerima wang rasuah berjumlah RM4,000 hingga RM9,000 daripada tauke bot sebagai balasan untuk melepaskan bot-bot nelayan asing yang menceroboh perairan Terengganu. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini