KUALA LUMPUR 30 Ogos – Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan USJ 3A, Subang Jaya dekat sini tengah malam tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Chia Wei Yi, 21, yang memandu Proton Wira maut di tempat kejadian.
“Kita terima panggilan memaklumkan terdapat seorang mangsa tersepit pada pukul 12.50 tengah malam.
Berita berkaitan:
“Seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











