100 premis di Melaka tiada sijil perakuan bomba - Utusan Malaysia

100 premis di Melaka tiada sijil perakuan bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka mengenal pasti kira-kira 100 daripada 300 premis di negeri itu yang masih tidak mempunyai sijil perakuan bomba setakat ini. 

Pengarah JBPM Melaka, Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, premis terbabit melibatkan antaranya bangunan pejabat, pusat perniagaan dan kilang. 

“Dari 100 premis itu, tiga premis telah didakwa manakala selebihnya masih dalam proses permohonan dan siasatan mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum ini, notis telah dikeluarkan terhadap premis yang dikenal pasti dan kita tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemilik bangunan yang melanggar peraturan,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan JBPM Melaka di sini hari ini. 

Sijil perakuan bomba merupakan satu syarat wajib bagi bangunan tinggi melebihi 30 meter yang menyatakan premis itu dalam keadaan siap siaga sekiranya berlaku bencana seperti kebakaran. – Bernama  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini