Penunggang motosikal maut dirempuh treler - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut dirempuh treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI 29 Ogos – Seorang penunggang motosikal maut setelah dirempuh sebuah treler di Jalan Lutong-Miri di sini pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu, mangsa, Ismail Razali, 30, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan kecemasan di Hospital Miri.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Alexson Naga Chabu, mangsa tersebut menunggang motosikal jenis Honda Wave difahamkan dalam perjalanan menuju ke pusat bandar raya ini dari arah Lutong.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang secara tiba-tiba memasuki laluan kanan di jalan itu menyebabkan dia dirempuh treler yang kebetulan bergerak di laluan berkenaan.

“Pemandu treler yang berusia 55 tahun dikatakan tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal mangsa.

“Impak kemalangan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum dia dibawa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selepas beberapa jam menerima rawatan kecemasan di hospital, mangsa yang berasal dari Kampung Luak itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.

“Pihak polis sudah merakam keterangan daripada pemandu treler untuk membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini