Belum ada rancangan kahwin - Mira Filzah - Utusan Malaysia

Belum ada rancangan kahwin – Mira Filzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Pelakon Mira Filzah menafikan dakwaan ada perancangan mengakhiri zaman bujangnya dengan Zizan Razak dalam masa terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mira Filzah atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 25, yang juga seorang pengacara menganggap perkara tersebut tidak berasas memandangkan jadual kerjayanya sangat padat ketika ini.

Mengakui masih kekal berkawan dengan pelawak tersebut, Mira Filzah bagaimanapun tidak mempunyai rancangan untuk berumah tangga lagi.

“Tenang-tenang dulu. Kami masih berkawan tetapi tidak ada rancangan nak berkahwin lagi dalam masa terdekat.

“Jadual kerja saya sangat padat dan soal itu (perkahwinan) langsung tak difikirkan lagi,” kata Mira Filzah ketika ditemui dalam majlis pelantikannya sebagai Duta Pelancongan Taiwan dalam kempen Salam Taiwan di sini hari ini.

Ditanya mengenai Zizan, Mira Filzah yang popular dengan drama Rahsia Hati Perempuan ini mengakui yang dia selesa berkawan dengan pelakon tersebut yang disifatkan seorang yang ikhlas dan telus.

Ditanya adakah Zizan menepati ciri lelaki idamannya, Mira Filzah bagaimanapun tidak meletakkan sebarang kriteria untuk memilih pasangan hidup.

“Saya selesa berkawan dengannya (Zizan) kerana dia ikhlas dan telus. Memang dia kelakar tetapi ada masanya dia serius,” kata Mira Filzah

Pelakon ini kini berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kedah bagi penggambaran drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan di samping mengikat kontrak sebagai duta pelancongan tersebut untuk tempoh setahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini