Mansuh SOSMA: Malaysia tetap perlu akta antikeganasan - Utusan Malaysia

Mansuh SOSMA: Malaysia tetap perlu akta antikeganasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu mempunyai pendekatan yang sesuai seterusnya bertindak untuk mengubah golongan yang didapati terlibat dengan kegiatan radikalisasi seperti salah tafsir agama atau aktiviti tidak bermoral, seandainya tetap mahu memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, Malaysia tetap memerlukan undang-undang untuk menentang pengganas dan kumpulan jenayah terancang meskipun SOSMA dimansuhkan kerana ancaman sentiasa mengintai peluang menjadikan negara sebagai sasaran.

“Kita tidak boleh membiarkan situasi di mana pengganas atau gengster dalam tahanan mula membuat permintaan atau ugutan dan pihak berkuasa pula perlu menurutinya atas nama Malaysia baharu, hak asasi dan demokrasi.

“Hak masyarakat terhadap keselamatan adalah melebihi hak pengganas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan 160 tahanan SOSMA yang mengadakan mogok lapar bagi mendesak kerajaan memberi kata putus terhadap pemansuhan akta berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini