KPDNHEP Selangor serbu restoran 'mamak' siang biawak - Utusan Malaysia

KPDNHEP Selangor serbu restoran ‘mamak’ siang biawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Satu pasukan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah restoran yang didakwa menyamar sebagai restoran mamak Islam yang menjual makanan halal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam satu kenyataan, KPDNHEP Selangor memaklumkan serbuan dilakukan berikutan aduan yang tular di media sosial mendakwa pekerja restoran tersebut menyiang biawak di kedai tersebut selain mengantungkan gambar ayat suci al-Quran bagi mengaburkan mata pengunjung.

Serbuan yang dilakukan bersama anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mendapati restoran yang terletak di Jalan Harmoni Indah 1 Balakong di Selangor itu tidak lagi beroperasi.

Papan tanda di hadapan restoran tersebut juga telah diturunkan selain pintu pagar hadapan dan belakang telah ditutup dan dikunci dengan mangga.

Seorang pengguna Abdul Rahim Manan dalam satu hantara di Facebook sebelum ini mendakwa restoran berkenaan menyamar sebagai kedai mamak Islam dan mengantungkan ayat-ayat al-Quran.

Beliau turut memuat naik satu rakaman video mendakwa seorang pekerja restoran itu sedang menyiang seekor biawak di restoran tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini