Dedah hutang negara tiada niat burukkan kerajaan terdahulu - Utusan Malaysia

Dedah hutang negara tiada niat burukkan kerajaan terdahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendedahkan jumlah hutang negara yang mencecah hampir RM1 trilion bukan bertujuan untuk memburukkan mana-mana pihak termasuk kerajaan terdahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…
pas
pas

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, langkah itu sekadar peringatan kepada kerajaan baharu mengenai kedudukan hutang negara agar dapat menguruskan kewangan negara dengan efisien.

“Tidak ada niat mahupun hasrat untuk memburukkan mana-mana pihak termasuk kerajaan terdahulu dan sebagainya, ia sekadar untuk mengingatkan kerajaan bahawa inilah kedudukan hutang langsung dan liabiliti yang kita ada.

“Ini bagi membolehkan kewangan negara diuruskan dengan lebih bijak, berhemah dan bernilai untuk wang bagi setiap projek dilaksanakan untuk rakyat,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan jumlah sebenar angka hutang negara supaya tiada unsur eksplotasi angka bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan terdahulu yang boleh mengelirukan rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini