Habib tawar diskaun sehingga 70 peratus sempena Bazar Merdeka - Utusan Malaysia

Habib tawar diskaun sehingga 70 peratus sempena Bazar Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Habib Jewels Sdn. Bhd. (Habib) menawarkan diskaun sebanyak 70 peratus untuk produk berlian terpilih dan barangan batu permata sepanjang jualan Bazar Merdeka selama 10 hari mulai 24 Ogos hingga 2 September ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Meer Sadik Habib berkata, pelanggan juga akan menikmati harga antara RM10 hingga RM25 setiap gram untuk barang kemas 916 dan 999.

“Sempena Hari Kebangsaan ini, mereka juga ditawarkan barang kemas eksklusif dengan harga menarik khususnya loket emas 916 dengan corak Malaysia pada harga RM88, loket Jalur Gemilang emas berharga RM161, anting-anting mutiara yang berharga RM61 sepasang dan cincin lelaki bertatah batu moonstone pada harga RM388,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini