Dua wanita perdagang orang direman enam hari, seorang diberi jamin polis - Utusan Malaysia

Dua wanita perdagang orang direman enam hari, seorang diberi jamin polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 29 Ogos – Dua daripada tiga wanita sekeluarga ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan manusia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walau bagaimanapun, seorang suspek berusia 30 tahun dibebaskan dengan jaminan polis kerana masih mempunyai anak kecil.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Salwa Ja’afar kira-kira pukul 11 pagi di Mahkamah Majistret Ipoh di sini.

Siasatan terhadap ketiga-tiga suspek berusia 20 hingga 40 tahun itu akan dijalankan di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 36 Akta Senjatapi 1960.

Semalam, seramai 18 pekerja warga asing termasuk seorang wanita yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah kilang membungkus sayur-sayuran di Mukim Sungai Raja, Kampung Kepayang di sini hari ini.

Dalam serbuan pada pukul 9.15 pagi itu, mereka yang diselamatkan terdiri daripada 12 lelaki Bangladesh, lima lelaki Myanmar dan seorang wanita Myanmar berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Kesemua mangsa dikatakan dipaksa bekerja lebih 16 jam setiap hari tanpa diberikan cuti dan tiada bayaran gaji sejak tiga bulan lalu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini