Bersatu bantu di peringkat bawah, pasang bendera - Utusan Malaysia

Bersatu bantu di peringkat bawah, pasang bendera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut membantu calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar di peringkat bawah dengan memasang bendera di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Halimey, beliau dan seluruh jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Seri Setia telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Ketua Bahagian Bersatu Petaling Jaya, Mohamad Shakirien Abd. Razak semalam bagi membincangkan mengenai gerak kerja yang mereka laksanakan.

“Bersatu pun ada melaksanakan gerak kerja di peringkat bawah seperti pasang bendera dan berjumpa penduduk di sini, selain Parti Amanah Negara (Amanah),” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan PH PRK DUN Seri Setia di sini, hari ini.

Semalam, Halimey yang bakal berdepan dengan calon Pas, Dr. Halimah Ali pada 8 September ini memberitahu beliau menerima sokongan daripada kepemimpinan Amanah antaranya Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan timbalannya, Datuk Mahfuz Omar serta Setiausaha Agung, Mohd. Anuar Tahir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini