Hasanah masih menunggu giliran prosiding reman - Utusan Malaysia

Hasanah masih menunggu giliran prosiding reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 29 Ogos – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid masih menunggu giliran prosiding reman yang bakal dikenakan terhadapnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hasanah dibawa ke Mahkamah Majistret di sini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memohon mendapatkan perintah reman berhubung kes salah guna wang peruntukan Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14).

Wanita berkenaan sebelum itu dilihat dibawa masuk ke Bilik Bicara Mahkamah Majistret oleh anggota SPRM pada pukul 9.10 pagi.

Suspek tiba di sini pada pukul 9.08 pagi dengan menaiki kenderaan SPRM.

Semalam dia ditahan di ibu pejabat SPRM pada pukul 4.45 petang ketika hadir memberikan keterangan.

Semalam, Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah reman selama lima hari bermula hari ini sehingga Sabtu ni terhadap tujuh pegawai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi membantu siasatan kes sama.

Menurut sumber, kesemua suspek masing-masing menjawat Gred 44 sehingga Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) B dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini