Sri pentas terima panggilan ancaman bom palsu - Utusan Malaysia

Sri pentas terima panggilan ancaman bom palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Bangunan Sri Pentas Bandar Utama, Damasara, Selangor terpaksa dikosongkan selepas pihak pengurusannya menerima panggilan palsu terdapat bom di dalam premis tersebut malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 10.45 itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara Utama dihantar ke lokasi kejadian.

Menurut sumber, proses pemeriksaan di dalam premis akan dijalankan selama tiga jam sebelum kesemua kakitangan dibenarkan masuk semula ke dalam bangunan terbabit.

“Ini bukan panggilan pertama. Sebelum ini terdapat dua panggilan ancaman bom di lokasi ini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, panggilan berkenaan diterima daripada seorang lelaki yang mendakwa ada bom di dalam bangunan berkenaan.

“Hasi pemeriksaan Pasukan Pemusnah Bom (UPB) dan Unit Anjing Pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, tiada sebarang objek meragukan ditemukan dan keadaan disahkan selamat kira-kira pukul 1.30 pagi.

“Polis masih meneruskan siasatan untuk mengesan individu yang membuat panggilan palsu terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini