Lagi Ketua Polis Daerah ditukar - Utusan Malaysia

Lagi Ketua Polis Daerah ditukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) me­ngumumkan per­tukaran jawatan dan kenaikan pangkat mem­babitkan empat pegawai kanannya berkuat kuasa serta-merta semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…
Antara yang terlibat dalam pertukaran tersebut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Anuar Omar.

Anuar meme­gang jawatan sebagai Ketua Polis Timur Laut pada 11 Mei 2017.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, mendahului senarai pertukaran Pegawai Turus Pentadbiran Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur, ACP Che Zaimani Che Awang dilantik menggantikan ­Anuar sebagai Ketua Polis Daerah Timur Laut yang ­baharu.

Menurut beliau, turut terlibat dalam pertukaran tersebut ACP Lembaga Parol (III) di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya, Asisten Rosman Omar pula mengisi kekosongan Zaimani.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN