Verstappen teruja guna enjin Honda musim 2019 - Utusan Malaysia

Verstappen teruja guna enjin Honda musim 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemandu Red Bull, Max Verstappen (gambar kecil) tidak yakin pasukannya mampu menjadi pesaing hebat dalam pe­rebutan gelaran juara dunia Formula Satu (F1) pada musim 2019 biarpun bertukar kepada enjin Honda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kegagalan Red Bull untuk merapatkan jurang saingan dengan Ferrari dan Mercedes menjadi faktor kepada pasukan tersebut tidak lagi bekerjasama dengan Renault, sebaliknya memilih unit kuasa daripada pengeluar Jepun.

Bagaimanapun, seorang lagi pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo memilih terus menggunakan unit kuasa Renault apabila memutuskan akan berlumba untuk pasukan berpangkalan di Perancis itu musim depan.

Sementara itu, Verstappen yang melawat kilang Honda tahun lalu mengakui, dia teruja dengan peningkatan yang dilakukan oleh Honda sejak kembali dalam sai­ngan F1 pada 2015.

“Pertamanya, kami perlu melakukan beberapa langkah dan berharap pada penghujung musim ini kami akan mencapai sasaran. Selepas setahun, kami seharusnya akan lebih gigih dan bersungguh-sungguh untuk mencabar kejuaraan F1.

“Melihat peningkatan mereka (Honda) sejak dua tahun lepas, boleh dikatakan mereka semakin maju ke depan. Kamu jarang sekali melihat mereka gagal.

“Apa yang penting adalah mereka bersedia me­lakukan sesuatu hingga ke tahap maksimum. Mereka perlu serius kerana ia penting jika kamu benar-benar mahu bersaing dengan Ferrari atau Mercedes.

“Apa pun, Honda dilihat benar-benar serius kali ini. Mereka juga sudah memulakan ujian terhadap kotak gear kami sebagai persediaan untuk bersaing pada musim baharu nanti,” kata Verstappen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN