Bukan mudah ‘curi’ emas boling – Holloway - Utusan Malaysia

Bukan mudah ‘curi’ emas boling – Holloway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG, Indonesia – Jurulatih skuad boling negara, Holloway Cheah memuji barisan pemainnya yang beraksi cemerlang untuk membawa pulang dua pingat emas dan dua perak daripada enam acara boling yang dipertan­dingkan pada Sukan Asia 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, bukan mudah untuk ‘mencuri’ pingat daripada negara-negara kuasa besar boling terutamanya Korea Selatan dan Jepun yang memberi cabaran sengit kepada skuad negara.

“Pemain beraksi dengan baik. Kalau lihat pada pasukan wanita, terdapat lima pemain yang menduduki Top 10 All Events yang menunjukkan kekuatan Malaysia dan kita menang emas serta perak.

“Pasukan lelaki turut menunjukkan prestasi cemerlang apabila meraih emas dan perak. Kita menang dua daripada enam emas, Jepun dapat dua dan Korea Selatan juga raih dua. Itu saja, tiada lagi orang lain dapat emas,” katanya.

Pada saingan boling yang berlangsung di Kompleks Sukan Jakabaring bermula 22 Ogos hingga kelmarin, kem negara meraih pingat emas pertama menerusi acara trio wanita yang dibarisi Esther Cheah, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman.

Trio itu kemudian berganding de­ngan Shalin Zulkifli, Sin Li Jane dan Natasha Roslan untuk meraih pingat perak acara enam sepasukan, manakala trio lelaki – Rafiq Ismail, Timmy Tan Chye Chern dan Ahmad Muaz Mohd Fishol memperoleh perak.

Pada hari terakhir kelmarin, Rafiq mencipta sejarah menjadi pemain negara yang pertama meraih pingat emas masters lelaki.

Pada edisi lalu di Incheon, Malaysia gagal meraih emas dan sekadar ber­puas hati dengan empat perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini