BEIJING – Wabak selesema babi Afrika di China boleh merebak ke kawasan-kawasan lain di Asia, demikian menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dalam amarannya semalam ketika China selaku pengeluar daging babi terbesar dunia berusaha mengekang penyakit itu.
Beijing telah menghapuskan lebih 24,000 ekor babi di empat wilayah untuk mengelakkan penyakit tersebut daripada terus menular, kata FAO dalam satu kenyataan. Wabak selesema babi Afrika pertama dilaporkan awal bulan ini.
FAO berkata, kes selesema babi Afrika itu dikesan di kawasan dengan jarak selang 1,000 kilometer, bermakna ia boleh merentasi sempadan negara.
“Virus ini boleh merebak ke negara lain pada bila-bila masa,” kata FAO.
Penularan wabak tersebut di China menimbulkan kebimbangan virus itu akan bergerak merentasi sempadan ke negara jiran di Asia Tenggara atau ke Semenanjung Korea di mana perdagangan dan pengambilan daging babi juga tinggi,” tambah agensi berkenaan.
Kes pertama penyakit itu di dilaporkan di wilayah Liaoning awal bulan ini.
Demam babi Afrika tidak berbahaya kepada manusia tetapi menyebabkan demam berdarah dalam ternakan babi dan babi hutan. Haiwan yang dijangkiti penyakit itu akan mati dalam masa beberapa hari sahaja.
Tiada ubat atau vaksin bagi mencegah atau merawat penyakit tersebut. – AFP











