Singapura tidak adakan rundingan dengan Malaysia mengenai harga air - Utusan Malaysia

Singapura tidak adakan rundingan dengan Malaysia mengenai harga air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Singapura tidak mengadakan sebarang rundingan dengan Malaysia berhubung rundingan semula harga air, Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean dilaporkan sebagai berkata oleh portal berita dalam talian, TODAY.

Menurut portal itu, Chee Hean ditemui media semasa melawat ke Loji Reklamasi Air Changi di sini hari ini.

Beliau telah ditanya sama ada Malaysia telah menghubungi Singapura secara rasmi mengenai isu air dan sama ada Singapura mengadakan rundingan dengan Malaysia.

Jawapan Chee Hean adalah “tidak’ dan Timbalan Perdana Menteri Singapura itu tidak mengulas lanjut, kata laporan itu.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah beberapa kali menyatakan hasrat Malaysia untuk menyemak semula Perjanjian Air 1962 dan kemungkinan menaikkan harga air mentah yang dibekalkan ke Singapura sebanyak lebih daripada 10 kali ganda. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×