Datuk Hasanah ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Datuk Hasanah ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki turut terlibat dalam salah guna wang kerajaan yang diperuntukan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Memuatkan artikel berkaitan…
HASANAH ABDUL HAMID
HASANAH ABDUL HAMID

Menurut sumber, suspek berusia 61 tahun itu ditahan pada pukul 4.15 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir untuk memberi keterangan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita tersebut terlibat bersama-sama tujuh lagi pegawai kanan yang direman hari ini kerana telah menyalahgunakan wang peruntukan tersebut bagi tujuan peribadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut.

Tambahnya, suspek akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN