Mayat lelaki ditemukan dalam bilik hotel - Utusan Malaysia

Mayat lelaki ditemukan dalam bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Seorang lelaki ditemukan maut di dalam sebuah bilik hotel di Sungai Chua, Kajang di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mayat mangsa ditemukan pekerja hotel di atas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 8.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, berikutan itu, pekerja hotel terbabit membuat laporan polis memaklumkan mengenai kejadian.

Ujarnya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas mayat lelaki berusia 25 tahun itu, pihaknya mendapati terdapat kesan lebam di bahagian muka, leher, dada, belakang badan dan kaki.

“Bagaimanapun, tiada kesan luka terbuka ditemukan. Siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan telah mendaftar masuk ke hotel terbabit bersama dua lagi lelaki kira-kira pukul 3.20 pagi semalam.

“Sehubungan itu, pihak kita giat memburu kedua-dua suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini