11 individu ditahan dalam Ops Sarang - Utusan Malaysia

11 individu ditahan dalam Ops Sarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU – Tiga lokasi yang merupakan sarang penagihan dadah digempur dalam serbuan di sekitar daerah ini di sini awal pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam serbuan kira-kira pukul 3 pagi itu, seramai 11 suspek berusia antara 19 hingga 52 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, tiga suspek ditahan kerana memiliki dan positif dadah, seorang suspek pula disahkan positif dadah dan tujuh lagi tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Polis turut merampas syabu seberat 5.03 gram yang mana dadah tersebut ditemui pada badan suspek ketika polis melakukan pemeriksaan.

“Kesemua suspek ditahan bagi siasatan lanjut.” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Hamzah, operasi bersepadu Ops Sarang dilaksanakan secara bersama dengan Jabatan Imigresen Lahad Datu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Katanya, serbuan dilakukan di Kampung Lok Buani, Tanjung Labian; Kampung Sinakut, Felda Sahabat dan Kampung Ulu Taburi, Tungku di daerah ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini