Pengeluar gula tempatan patuhi penetapan harga runcit gula - Utusan Malaysia

Pengeluar gula tempatan patuhi penetapan harga runcit gula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengeluar gula tempatan, MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR) menghormati dan mematuhi keputusan kerajaan mengurangkan harga siling runcit bagi gula putih sebanyak 10 sen sekilogram (kg) berkuat kuasa 1 September  ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

MSM dan CSR dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihak mereka akan terus komited memastikan bekalan gula tempatan stabil dan mencukupi walaupun dengan ketidaktentuan harga gula mentah di pasaran.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa harga runcit gula di Malaysia masih kekal antara terendah di dunia serta diwartakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Penentuan Harga Maksimum – No 2, Perintah 2017).

“Penetapan harga runcit yang disemak semula itu pada harga RM2.85/kg bagi gula pasir kasar dan RM2.95/kg bagi gula pasir halus adalah jauh lebih rendah berbanding negara pengeluar gula  seperti Thailand, Indonesia dan Filipina serta negara dengan pendapatan per kapita lebih rendah seperti Kemboja dan Myanmar,” demikian menurut kenyataan itu.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika mengumumkan kadar baharu itu berkata langkah tersebut selaras dengan trend penurunan harga gula di pasaran dunia.

Saifuddin berkata, langkah itu diharap dapat mengurangkan jangkaan kesan berangkai ke atas harga makanan dan minuman di pasaran. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini