11 laluan utama Putrajaya ditutup sempena Hari Kebangsaan - Utusan Malaysia

11 laluan utama Putrajaya ditutup sempena Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Sebanyak 11 laluan melibatkan jalan utama di Putrajaya ditutup dan dilencongkan sejak kelmarin bagi memberi laluan kepada acara sambutan Hari Kebangsaan 2018 yang akan berlangsung Jumaat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jalan yang terlibat adalah Laman Perdana, Persiaran Perdana, Lebuh Saujana, Jalan Perpaduan, Jambatan Wawasan, Jalan T.A Rahman, Lebuh Wawasan, Lebuh Bestari, Jalan Pembangunan, Jalan Kemerdekaan dan Lebuh Setia.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua laluan tersebut akan ditutup secara berperingkat bermula dari pukul 6 pagi hingga pukul 12 tengah hari dan akan dibuka semula selepas acara.

“Orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dan lencongan yang disediakan sepanjang penutupan jalan-jalan utama.

“Pengguna jalan raya diminta merancang perjalanan dan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mazlan memberitahu, orang ramai diminta mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan anggota polis yang bertugas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN