Pengarah syarikat wanita ditahan kes tipu pakej pelancongan RM2.24j - Utusan Malaysia

Pengarah syarikat wanita ditahan kes tipu pakej pelancongan RM2.24j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Seorang wanita ditahan selama 42 hari bagi membantu siasatan kerana pengelibatannya dalam kes penipuan pakej pelancongan yang ditawarkan syarikat Dulcet Travel and Tours Sdn. Bhd dengan nilai kerugian terkumpul sebanyak RM2.24 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya menerima 136 laporan daripada orang ramai yang menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan syarikat tersebut sejak awal Mac lalu.

Menurutnya, wanita tersebut, Rosemary Ginam ditahan pada 18 Julai lalu bagi membantu siasatan kerana pengelibatannya sebagai pengarah syarikat pelancongan terbabit.

“Polis mengesan melalui tandatangan pada akaun bank yang digunakan mangsa dan dia juga merupakan individu yang dikesan membuat pengeluaran wang dari akaun tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

JSJK mengeluarkan kenyataan demikian bagi merujuk laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang bertajuk ‘Seorang wanita ditahan selama 42 hari tanpa didakwa’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini