Ketengah hulur sumbangan kepada pekerja waris gempa bumi Lombok - Utusan Malaysia

Ketengah hulur sumbangan kepada pekerja waris gempa bumi Lombok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memperuntukan sebanyak RM 88,500 bagi membantu seramai 177 pekerja warga Indonesia yang keluarganya terjejas akibat bencana gempa bumi di Pulau Lombok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengurus Besar Ketengah, Omar Ismail berkata, seramai 111 pekerja dari Ladang Ketengah Jaya dan 66 lagi dari Ladang Ketengah Perwira dekat sini menerima agihan bantuan sebanyak RM500.

“Sumbangan ini merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat Ketengah bagi membantu para pekerja yang sedang dalam kesusahan akibat bencana tersebut.

“Diharap bantuan ini mampu meringankan sedikit bebanan yang ditanggung pekerja selain menghargai jasa mereka yang berkhidmat dengan Ketengah,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada pekerja warga Indonesia di Ladang Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi di sini semalam.

Jelas Omar, setiap pekerja dilihat masih bersemangat menjalankan tugas meskipun tahu mengenai keadaan kediaman mereka yang telah musnah akibat bencana tempoh hari.

Siri gempa bumi yang menggegarkan Pulau Lombok di Indonesia membunuh seramai 555 orang dan mencederakan hampir 1,500 lain manakala beratus-ratus ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Pulau yang terletak berdekatan destinasi percutian popular, Bali itu digegarkan dua gempa dahsyat pada 29 Julai dan 5 Ogos lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini