Pemandu lori tidak serik, ditahan lagi kes dadah - Utusan Malaysia

Pemandu lori tidak serik, ditahan lagi kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Seorang pemandu lori yang juga bekas banduan bagaikan tidak serik apabila sekali lagi ditahan atas kes penyalahgunaan dadah jenis syabu di pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Manjung di sini semalam.

Ketua Pegawai AADK Manjung, Sharuddin Abdul Salam berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan sewaktu pihaknya mengadakan pemeriksaan terhadapnya kira-kira pukul 2 petang.

Jelasnya,berdasarkan siasatan, lelaki itu telah ditahan atas kesalahan sama lima bulan lalu namun, merayu supaya diberikan peluang untuk berubah dan berjanji mahu membuang tabiat buruknya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek diberkas semula apabila kita memberi masa untuknya berubah dalam tempoh tiga bulan sebelum memanggil semula untuk ujian air kencing.

“Bagaimanapun, ujian air kencing yang dijalankan mendapati lelaki itu positif dadah jenis syabu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Sharuddin, siasatan mendapati, pemandu lori yang masih belum berkahwin itu sudah terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak tujuh tahun lalu.

Ujarnya, suspek kini ditahan mengikut Seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Katanya, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung pagi tadi dan dijatuhi perintah menjalani rawatan pemulihan di pusat pemulihan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini