KWSP nafi tawar insentif RM6,000 - Utusan Malaysia

KWSP nafi tawar insentif RM6,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengingatkan kepada orang ramai agar tidak terpengaruh dengan mesej berantai bagi memperoleh insentif RM6,000 daripada pihaknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

KWSP dalam satu kenyataan memberitahu, pautan laman sesawang KWSP yang dihantar mesej itu didapati bukan milik agensi berkenaan dan didapati cubaan pihak luar untuk mencuri data peribadi mangsa bagi kegunaan tertentu.

“Mesej yang viral semalam bukanlah daripada pihak KWSP dan kami menafikan sekeras-kerasnya. Kami harap orang ramai tidak terpedaya dengan mesej berantai berkenaan,” katanya.

Semalam, viral di media sosial apabila KWSP menawarkan insentif RM6,000 kepada orang ramai yang mencarum gaji mereka dan bekerja antara tahun 1990 hingga 2018.

Malah pautan laman sesawang palsu itu turut meminta mangsa untuk mengisi maklumat peribadi mereka dan menguar-uarkan kepada orang bagi memastikan mereka mendapat tawaran insentif berkenaan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini