Continental rai peserta #Live4Drive - Utusan Malaysia

Continental rai peserta #Live4Drive

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 28 Ogos – Continental Tyre Malaysia (CTM) meraikan kepulangan pasukan kembara profesional #Live2Drive yang telah menjelajah sejauh 52,000 kilometer ke benua Eropah dengan menggunakan Volkswagen klasik.

Pengarah Urusan CTM, Cameron Wilson berkata, kejayaan para peserta itu turut dibantu ketahanan tayar Continental yang berjaya mengharungi pelbagai bentuk muka bumi termasuk permukaan jalan yang bersalji.

Kata beliau, ekspedisi itu membuktikan bahawa Continental merupakan jenama pengeluar tayar kenderaan yang dipercayai di seluruh dunia kerana berkualiti tinggi serta menggunakan teknologi dari Jerman.

“Continental berbangga dapat menjadi sebahagian daripada kembara ini dengan menyediakan set tayar yang bersesuaian agar perjalanan mereka berjalan dengan lancar dan selamat.

“Selain itu, kami turut menyediakan sokongan kewangan dan logistik terutama untuk aktiviti kebajikan yang dilaksanakan oleh para peserta di sepanjang perjalanan mereka merentasi Trans Siberia,” katanya dalam majlis meraikan pasukan kembara #Live2Drive di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×