Jangan khianat mansuh BR1M - Utusan Malaysia

Jangan khianat mansuh BR1M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 27 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diingatkan tidak mengkhianati amanah dan kepercayaan rakyat dengan hasrat mengurangkan serta menghapuskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam masa terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

ABDULLAH SANI

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, perkara itu berikutan kelangsu­ngan pemberian BR1M merupakan antara janji yang terkandung dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang turut menyumbang kepada kemenangan gabungan parti berkenaan.

Dalam masa sama, beliau turut melaungkan keberanian akan menentang keputusan kerajaan Persekutuan sekiranya tetap dengan hasrat me­nghapuskan bantuan berkenaan.

“BR1M merupakan tanggungjawab kerajaan dan selepas me­rayu undi pada pilihan raya umum lalu, kerajaan tidak wajar berlaku khianat kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis Malam Reformasi 20 tahun di sini, malam tadi.

Abdullah Sani berkata demikian sebagai reaksi kepada pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mana BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan da­lam masa terdekat.

Menurut calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu, kerajaan perlu mempunyai alasan atau justifikasi kukuh untuk menarik balik BR1M yang disifatkan hak serta faedah yang sudah dinikmati rakyat sebelum ini.

Ujar beliau, pemansuhan BR1M juga sepatutnya perlu diseimbangkan terlebih dahulu dengan penurunan kos sara hidup, harga minyak serta gaji minimum yang lebih tinggi.

“Ini juga ada kaitan dengan tatakelola pentadbiran kerajaan kerana isunya ialah jangan ada kroni, rasuah dan perompak, maka tidak ada masalah duit (BR1M) itu untuk disalurkan kepada rakyat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini