Sotong gergasi ditemui terdampar di pantai - Utusan Malaysia

Sotong gergasi ditemui terdampar di pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON, New Zealand – Tiga adik-beradik terkejut selepas menemui bangkai seekor sotong gergasi sepanjang 4.2 meter yang terdampar di tepi pantai di sini baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
Daniel, Jack dan Matthew Aplin sedang melakukan aktiviti menyelam sebelum menyedari terdapat satu objek berwarna di tepi pantai berhampiran Red Rocks di sini.

“Kami tidak menyangka itu rupa-rupanya seekor sotong. Ia sangat besar dan memiliki sesungut yang terlalu panjang. Kami tidak pernah melihat sotong sebesar ini,” kata Jack.

Mereka kemudian membuat keputusan menghubungi Institut Air dan Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan (NIWA) kerana percaya haiwan marin itu merupakan sejenis sotong luar biasa.

Seorang jurucakap agensi itu menyifatkan penemuan tersebut suatu yang pelik kerana ia merupakan sejenis spesies sotong gergasi yang jarang ditemui.

Bagaimanapun, pihaknya akan melakukan penyelidikan lanjut bagi memastikan spesies sebenar haiwan krustasia tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini