Hak asasi manusia: Kanada tidak akan tunduk pada Arab Saudi - Utusan Malaysia

Hak asasi manusia: Kanada tidak akan tunduk pada Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 27 Ogos – Menteri Luar Kanada, Chrystia Freeland enggan mengalah dalam pertikaian dengan Arab Saudi sebaliknya menegaskan negaranya `akan sentiasa menyokong hak asasi manusia di seluruh dunia’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Freeland yang tidak menamakan negara Teluk itu secara khusus berkata, walaupun Kanada diberitahu agar tidak mencampuri urusan luar, negaranya akan mempertahankan hak asasi manusia termasuk hak asasi wanita.

“Walaupun kami diberitahu agar membincangkan perkara ini secara sulit antara pemimpin, secara tertutup malah jika mengutarakan perkara ini akan membawa akibat buruk, kami akan tetap mempertahankannya,’’ ujar beliau.

Ottawa dan Riyadh saling berbalah berhubung kritikan Kanada terhadap rekod hak asasi manusia Arab Saudi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini